Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Quote

Aku mencintai org2 yg soleh,meskipun aku BUKAN sebahgian dari mereka. AKU sgt benci org2 yg bermaksiat,meskipun tanpa sedar aku sebahagian dr mereka.. :)
HOLLAND!-hope our love last and never dies,.

Aku telah mengerti

Hari demi hari
bulan demi bulan
tahun demi tahun...

semakin diri menjadi dewasa
pemikiran juga semakin matang
lantas itu, banyak pengalaman pahit manis yang menyinggah
membuat diri lebih faham tentang erti hidup yang sebenar 

andai waktu mampu berputar kembali
ingin aku perbaiki segala silap langkah yang telah terbuat
semua perilaku yang pernah membuat aku terjerumus ke dalam lembah hina itu.
terlalu banyak dosaku, Ya Allah...ampunila aku

namun yang terjadi sudah tetap terjadi
ingin ku sesal tiada gunaa
cukuplah hanya dengan bermuhasabah diri
agar itu semua tidak berulang lagi.

cinta demi cinta,
harapan demi harapan,
janji demi janji
pemuda demi pemuda
akhirnya semuanya adalah dusta...

kerana apabila cinta itu bukan kerana Allah
maka ia bukanlah sesuatu yang dijamin kekal dan selamat
dan belum tentu ianya halal dan diredhai Allah
apabila saat permulaan saja dah salah
dan bila syaitan mengajak kepada zina..
bersiap sedia lah kau ke jalan yang gelap lagi menyesatkan itu
nauzubillah.. Allah, ampunilah aku !

aku baru faham, 
hidup susah bukanlah suatu kekurangan
hidup susah tidak beerti menyedihkan kerana
daripada hidup susah aku belajar untuk berdikari
aku belajar untuk banyak bersabar
aku belajar untuk bersyukur dengan hal-2 kecil

bekerja sememangnya memenatkan
tetapi bagi aku bukanlah suatu yang membebankan
daripada bekerja lah aku menimba berbagai-2 pengalaman
dan lebih bersedia untuk pekerjaan sebenar pada masa akan datang
daripada bekerja juga lah..
aku dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga
kerana dripada tulang empat kerat itulah ibu dan ayah bersusah payah membesarkan aku
dan menjadi peluang besar untuk aku membalas jasa mereka.

banyak hal telah berlaku
hati dan diri semakin mengerti
walaupun adakalanya rasa itu terlalu sedih
sedih bersendiri memang itu caraku
aku redha dengan apa saja 
kerana aku tahu Allah ada di sisi.

-Nur Amelina