Assalamualaikum =')
Bismillah~
(reffering to Mr X)

(reffering to Mr X)
Diri ini ingin berubah,.Diri ini ingin seperti dahulu,.sentiasa mengingati Allah,sentiasa takut akan azab-Nya,sentiasa taat pd perintah-Nya,.dan sentiasa menjaga batas pergaulan
aku yakin dan percaya,perempuan yg dijaga oleh Allah,psti tidak akan membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya.Namun tatlkala melihat diri ini cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji diri ini. Allah menghadirkan diri ini dengan seorang lelaki yg menuntut balasan cinta.
Diri ini percaya akn cinta Allah,tp lupa itu bukan caranya. Ku alpa seketika,.Hati kini sudah tidak seperti dahulu. Hati yg selalu dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yg menawarkan cinta kemanisan manusia.
Bukan tidak sedar bahawa diri ini sudah berubah,.bukan juga tidak sedar bahawa ketenangan hati yg pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Diri ini menutup kesedaran itu dengan kata2 manis dan cinta si jejaka.Diri ini sudah jauh dr hidayah Allah. Imanku rapuh,.kerap sekali


Tidak takutkah diri ini akan dosa atau dgn azab Allah?
Jejaka itu gagal menawan mahkota diriku.Alhamdulillah,.Allah menurunkan hidayah kpd diri ini. Disaat jejaka itu menyepikan diri seketika
,diri ini dilanda rasa berdosa,mengingati dosa2 yg telah dilakukn,.mengalir airmata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam,aku bangun untuk solat taubat. menangislah diri ini sepuas2 nya
Ku memohon petunjuk dr Allah.Ku ingin kembali,.kembali atas cinta. Demi cinta Allah yg tidak pernah perpaling dr hidupku =') ku nekad berubah ! tp hatiku sedikit takut akn janji Allah"Wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik dan begitu sebaliknya"
Apa yg patut ku lakukan kini? aku mula merasakan diri ini bukanlah dr kalangan wanita yg baik2.
Tidak layak untuk sesiapa. Akan ku tutup
seketika hati ini dr cinta manusia yg bernafsu yg mengeruhkan kolam iman yg pasang surut. Sehingga ditakdirkan diriku bertemu dengan seseorang yg mencintaiku kerana Allah,."Demi cinta Allah
yg aku kejar,kuatkanlah hatiku untuk bertahan, berikanku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasa-\mu, hulurkanlah pertolonganMu disaat2 aku hampir tewas, sinarkan nur hidayah Mu untuk ku terus dijalanMu, Ya Allah ! aku memohon keampunan dariMu ='/ "

