Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Quote

Aku mencintai org2 yg soleh,meskipun aku BUKAN sebahgian dari mereka. AKU sgt benci org2 yg bermaksiat,meskipun tanpa sedar aku sebahagian dr mereka.. :)
HOLLAND!-hope our love last and never dies,.

Best ye buka aib orang ?

Assalamualaikum ~
(maaf andai ada sesiapa yang terasa)
" Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah s.w.t akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak. Dan Allah s.w.t sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya ". ( Riwayat Muslim )

Hmm,.  bila fikir tentang aib kan, aku sedih campur geram . yelah cuba fikir best tak aib korang dibuka ? mesti malu en ? malu gila,.mane nak letak muka ?!!  haih tapi maybe Allah sengaja turunkan ujian atau boleh jadi balasan sebab kte dulu maybe pernah buka aib orang tanpa kte sedar atau pun tidak,. aku pun pernah rasa camana bila orang kutuk aku,.benci aku sebab ade orang ketiga sadinn je cerita benda-2 buruk pasal aku dkt diorang. tappi tulah mcm yg aku ckp,.maybe aku pernah buruk2 kan org,malukan orang,hmm pernah kot,.sekarang dapat balasan kan ? astagfirullah,. Allah maha Adil  =')

Hadis Rasulullah SAW: "Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri "

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim dijelaskan maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang membuka aib orang lain".

Talking from my experience,.Ade la satu hamba Allah ni,. he used to be my friend before but now not  anymore . Pengakhiran hubungan yang teruk kot . mungkin sebab kita mula rapat pun atas perkara yang teruk-2 . Keburukan aku dan keburukan dia hanya kita dua je yang tahu . tak ada orang selain kita . Cuma antara KITA DUA ! dan aku berharap sangat dia tak cerita apa-2 dekat org lain bodohgila aku as in dia tahu keburukan terbesar aku . sebab aku pun percaya dia mesti tanak aku sebarkan cerita tentang dia,.sebab aku pun tahu keburukan terbesar yang pernah dia buat dalam hidup dia. So aku pun relax ah.
Aku rapat dengan kawan-2 dia juga. Tapi kawan-2 dia tu mmg tak berapa suka sgt dengan perangai dia So , maybe dia agak tak puas hati sebab tengok aku rapat dengan diorang, n dia mungkin dengki,dia taknak orang anggap aku ni baik sdgkan org semua pndang die teruk,dan senanya aku tak tahu lnsung ah..ape motif die ? aku rasa x pernah buat salah ngan dia,.tetiba dia gi bukak cerita pasal aku dekat diorang-2,. seronok sangat-2b dia cerita dkt diorang tentang keburukan terbesar aku,. sementara keburukan dia,.aku rasa lebih besar dari aku kot. n then dia boleh buat muka suci je depan diorang,.seolah-2 aku ni mmg teruk gila baboon,syaitan yang direjam ! dajjal ! and whatsoever,.sedangkan dia ? umpama manusia paling tersuci dalam dunia ni. Wow ! *tepuk tangan* yep,. dia Berjaya juga buat kawan2 semua benci aku ! "Terima kasih weh =D"
Semua kawan aku tu pulak bila dpt tahu,terus pandang aku macam diorang tak pernah buat dosa . tapi kecuali satu daripada diorang masih tetap terima sebab dia dtg kat aku Tanya apa hal,. blablabla,.baru dia faham,.yang lain.. memang percaya camtu je . tanpa Tanya aku sendiri . yelah sebab terasa diri tu baik sgt kan,oh k faham-2 .
Aku just  Redha . Redha je lah dengan apa yang Allah dah tentukan . Sebab salah aku juga sebab dah buka aib aku sendiri,.ahh ! tu mmg yang paling bodoh pernah aku buat. Aku taubat ! em pasal makhluk yang dah membuka aib aku ? aku tak nak balas dengan apa yang dia dah buat.Tapi bukan bermakna aku maaf kan dia, aku tak terfikir pun nak buka aib dia, memang aku taknak ah buat dia malu seumur hidup,.tapi aku nak dia malu didepan orang ramai masa pengumpulan di padang masyar nanti 
and the last but not least,. kalau boleh aku nak diorang tahu yang benda-2 tu semua kisah silam aku . semua orang pernah buat kesilapan . pernah buat dosa . dan kalau korang nak benci aku pasal kejadah benda yang dah lama,. mmg sorry to say ah. korang punye kepala dan seisi dengannya semua letak dekat *PUNGGUNG* ...  korang mmg manusia yang tak berfikir panjang, awek korang yang muka+perangai dah macam baboon, "saya terima seadanya" bunguks ! dan aku pun tak de hal korang nak kawan ke tak kawan sebab korang pun masih budak-2 lagi so aku faham ler.stupid dan-2 lagi satu !! kawan korang yang hebat sgt cerita psl bnda ni kt korang ,dia senanye cuma manusia yang bertopengkan syaitan + kurang kasih sayang dr mak bapak ! =) becareful dgn dia k ?
To be honest,aku memang dah buang jauh cerita-2 lama. aku nak berubah kpd yg lebih baik
dan memang skrang ni aku tak heghan ah,kau nak pandang aku semacam. Allah maha tahu atas segala sesuatu. Thanks to dia, And the most Thanks to Allah  juga sebab pasal benda ni, aku jadi lebih berhati-2,.dan ia buat aku semakin dekat dengan Allah =')
(7  perengan je..tak pnjnang en ? )

Sebuah Keinginan : Menjadi seorang muslimah

Assalamualaikum ~

Ya Allah,. Aku tahu ya Allah,. di dalam dunia ini tidak ada satu pun makhluk yang mengerti isi hati milik seorang insan yang hina ini,.ya Allah,. malam ini dikala semua orang sedang nyenyak tidur,. Hati ini bersuara lagi,.dengan tangisan hati yang terseksa,.ia bersuara hanya kepadaMu,. kerana ia tahu disaat ini hanya Engkau yang sedang mendengar dirinya,.Sehina dan seburuk apa pun seseorang itu,Engkau sentiasa sudi untuk mendengar rintihannya,.

Hati : "Duhai Allah yang Maha pengasih dan Maha Penyayang,.Layak kah syurga untuk seseorang yang seperti ku ? setelah pelbagai dosa yang telah aku lakukan,.setelah perintah-2 Mu aku abaikan,.Ya Allah,.setiap kali aku bertaubat,pasti aku akan tergelincir lagi,.kemudian aku bertaubat lagi,.tapi aku tergelincir lagi sekali,. sehinggakan aku merasa malu untuk bertaubat lagi,. tetapi dunia ini terlalu singkat, sebelum pintu taubat ditutup, aku tak mahu menyia-2kan nikmat hidup yang Allah beri. Ya Allah berilah aku kekuatan iman dan hidayah mu untuk aku terus berusaha lebih gigih lagi demi menjadi seorang muslimah yang baik dan berjaya mencapai syurga-Mu,."  Ameen