Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Quote

Aku mencintai org2 yg soleh,meskipun aku BUKAN sebahgian dari mereka. AKU sgt benci org2 yg bermaksiat,meskipun tanpa sedar aku sebahagian dr mereka.. :)
HOLLAND!-hope our love last and never dies,.

"AZBMD"





Saat diri telah lelah menanti,
Diriku sabar memujuk hati,
Agar redha dengan taqdir Ilahi,
Sudahkah aku cukup perbaiki diri,
Saat jodoh mendatangi.

Ya Allah anugerahkan cinta manusia yang mencintai-Mu kepadaku agar kami sama-sama dapat mencintai-Mu, Ameen ya Rab.

*"kite akan tetap tunggu awak" , meskipun aku sendiri masih belum yakin akan takdir jodohku,  ku tahu itu semua ketentuan Allah,aku tetap akan selalu berdoa untuk kita berdua. ku terima ikhlas apa adanya ya Allah. Moga hati istiqomah dan redha selalu. Insya Allah. ;')

Aku telah mengerti

Hari demi hari
bulan demi bulan
tahun demi tahun...

semakin diri menjadi dewasa
pemikiran juga semakin matang
lantas itu, banyak pengalaman pahit manis yang menyinggah
membuat diri lebih faham tentang erti hidup yang sebenar 

andai waktu mampu berputar kembali
ingin aku perbaiki segala silap langkah yang telah terbuat
semua perilaku yang pernah membuat aku terjerumus ke dalam lembah hina itu.
terlalu banyak dosaku, Ya Allah...ampunila aku

namun yang terjadi sudah tetap terjadi
ingin ku sesal tiada gunaa
cukuplah hanya dengan bermuhasabah diri
agar itu semua tidak berulang lagi.

cinta demi cinta,
harapan demi harapan,
janji demi janji
pemuda demi pemuda
akhirnya semuanya adalah dusta...

kerana apabila cinta itu bukan kerana Allah
maka ia bukanlah sesuatu yang dijamin kekal dan selamat
dan belum tentu ianya halal dan diredhai Allah
apabila saat permulaan saja dah salah
dan bila syaitan mengajak kepada zina..
bersiap sedia lah kau ke jalan yang gelap lagi menyesatkan itu
nauzubillah.. Allah, ampunilah aku !

aku baru faham, 
hidup susah bukanlah suatu kekurangan
hidup susah tidak beerti menyedihkan kerana
daripada hidup susah aku belajar untuk berdikari
aku belajar untuk banyak bersabar
aku belajar untuk bersyukur dengan hal-2 kecil

bekerja sememangnya memenatkan
tetapi bagi aku bukanlah suatu yang membebankan
daripada bekerja lah aku menimba berbagai-2 pengalaman
dan lebih bersedia untuk pekerjaan sebenar pada masa akan datang
daripada bekerja juga lah..
aku dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga
kerana dripada tulang empat kerat itulah ibu dan ayah bersusah payah membesarkan aku
dan menjadi peluang besar untuk aku membalas jasa mereka.

banyak hal telah berlaku
hati dan diri semakin mengerti
walaupun adakalanya rasa itu terlalu sedih
sedih bersendiri memang itu caraku
aku redha dengan apa saja 
kerana aku tahu Allah ada di sisi.

-Nur Amelina

Disetiap saat

Assalamualaikum.



Saat susah, sedih, dan saat rindu diam-diam,

menjadikan kamu lebih pendiam dikalangan manusia.

Saat itulah kamu menjadi

hamba yang banyak berbicara bersama  Tuhan.

Lantas itulah kekuatanmu yang Allah titipkan dalam diam-diam.

Saat hati merasa kosong, saat rasa tak menentu,

dan ketika hati ini sedang diuji olehNya,

tiba-tiba kepala terasa berat,

lantas saat itu kepala dan hati ni jauh dari tempat sujud Nya.


Life.

Life. idk how to describe "life".

 Ive been going through a lot of things. thicks and thins.

I dont know when will it end,.

problems its normal but..

sometimes it becomes too tough for me.

like fucking hell worst.

but....

I dont blame anyone, and never blame Allah either.

He gave me everything while I gave Him nothing in return

 let just forget all this trouble,.

and i just wanted to thank Allah for his very kindness

for still giving me the oppurtunity to breath in His world

despite all the sins that Ive made,

all the shit that Ive done,

 :( forgive me Ya Allah.

Im so sorry for not being a good servant to you.

i am trying.... 

Kekuatan dalam senyuman

Assalamualaikum :)

:D :D :D


kadang-kadang
kita selalu kata..
"tak da apa-apa..."
sambil terukir senyuman yang penuh penipuan
tetapi dalam hati tersimpan kesedihan dan keperitan..

bukan semua yang mampu diceritakan pada 
S.A.H.A.B.A.T.. mahupun
pakwe,makwe,BABUN ? *yg konon org kate lebih memahami. nop
hanya pada Allah hati ini mampu meluahkan..

mungkin kerana malu mereka melihat titisan air mata ini..
mungkin kerana tidak mahu mereka bersimpati..
mungkin kerana tidak mahu membebankan mereka..
mungkin juga kerana kita tahu mereka tidak pernah ambil peduli.

ya..walau setinggi bukit keinginan aku untuk meluahkan rasa hati
yang tengah sedih,resah gelisah, sekeras mana hati aku ingin 
difahami oleh orang sekeliling, tetapi,..

tidak apelah..
Sesungguhnya,Cukup Allah menjadi tempat aku mengadu.

aku tidak mahu membebani mereka,
aku tidak mahu waktu mereka terbuang hanya untuk hal yg remeh.
tak apelah.

disebalik kesusahan,
disebalik kapayahan,
disebalik kesedihan,
terselit kekuatan dariNYA...